Monday, March 2, 2009

Email yang Mendebarkan

2 March 2009

Lewat pagi seperti biasa aku buka beberapa email yang penting. Mata aku tertumpu pada satu email dari IPTA. Nasib baik hati aku berkata jangan delete semua email yang masuk dalam section bulk. Ternyata hati aku berkata benar. Aku buka email yang mendebarkan itu dan tertera beberapa rangka ayat rasmi yang penting bagi aku adalah ayat dibawah ini:

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri temuduga di fakulti ini seperti di butiran berikut:

Tarikh : 18 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Fakulti XXXX

Tuan / puan diminta membawa semua salinan asal sijil-sijil peribadi, akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan semasa menghadiri sesi temuduga. Tuan Puan juga diminta bersedia mengadakan mock teaching untuk tujuan temuduga ini. Sebarang permintaan penyediaan alat pandang dengar tambahan atau berkaitan sesi temuduga, sila hubungi Encik xxxxxx, di talian 03 xxxxxxx.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.







kuala lumpur
aku terdiam dan bersyukur

No comments:

Post a Comment