Tuesday, March 3, 2009

Motion Graphics


SCINTILLATION from Xavier Chassaing on Vimeo.

Video di atas adalah hasil karya Xavier Chassaing yang bertajuk Scintillation
Scintillation is a remarkable experimental piece by young director Xavier Chassaing. This piece stands on it’s own purely for its visuals, but the technique and craft that went into the production sets this film apart. What looks like film is in fact 35,000 photographs with a mix of 3d mapped projections. Being a young director, Xavier doesn’t have the facilities and financial backing that a commercial piece will grant. Instead he had to work under what he calls “the classic dogma which is ‘What can you do with what you have…’” I think this sums up Xavier’s process pretty well. atas sebab video inilah aku lebih menggemari motion graphics. Atas sebab itu juga aku akan menyambung pengajianku dalam bidang motion graphics. Karya Xavier yang satu ini betul-betul membuatkan aku terpukau. Dia hanya menggunakan peralatan yang terhad kepunyaan diri sendiri dan melakukannya seorang diri. Paling penting dengan tanpa budget dia dapat menghasilkan sesuatu yang luar biasa.



kuala lumpur
aku semakin sibuk menyiapkan portfolio

Monday, March 2, 2009

Email yang Mendebarkan

2 March 2009

Lewat pagi seperti biasa aku buka beberapa email yang penting. Mata aku tertumpu pada satu email dari IPTA. Nasib baik hati aku berkata jangan delete semua email yang masuk dalam section bulk. Ternyata hati aku berkata benar. Aku buka email yang mendebarkan itu dan tertera beberapa rangka ayat rasmi yang penting bagi aku adalah ayat dibawah ini:

Sukacita dimaklumkan bahawa tuan / puan adalah dijemput untuk menghadiri temuduga di fakulti ini seperti di butiran berikut:

Tarikh : 18 Mac 2009 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat
Fakulti XXXX

Tuan / puan diminta membawa semua salinan asal sijil-sijil peribadi, akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan semasa menghadiri sesi temuduga. Tuan Puan juga diminta bersedia mengadakan mock teaching untuk tujuan temuduga ini. Sebarang permintaan penyediaan alat pandang dengar tambahan atau berkaitan sesi temuduga, sila hubungi Encik xxxxxx, di talian 03 xxxxxxx.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.







kuala lumpur
aku terdiam dan bersyukur

Surat penuh Harapan

25 March 2009

Aku terima 2 helai muka surat jawapan dari IPTA. Jawapan yang penuh dengan harapan. Di surat tersebut tertera beberapa perkataan Permohonan tuan/puan sedang diproses. Aku tersenyum penuh harapan. Semoga harapan yang ada dalam hati aku disaat ini ditunaikan.






kuala lumpur
petang yang sepi

Selamat Datang @ Welcome

Selamat Datang ke ruangan yang penuh dengan cabaran dan harapan. Perjalanan yang mengambil masa bertahun-tahun bermula pada hari ini. Cuma sama ada aku gagah atau tidak mengharunginya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya. Sebagai makhluknya aku hanya berusaha. Seperti manusia normal yang lain aku juga ingin usaha aku itu berhasil. Apa yang perlu aku lakukan adalah melalui segalanya dengan senyuman.